Thursday, December 24, 2009

Boling Kelab Kilat Kangar



Bestnya depa dapat main boling lagi..... Apsal la ku telan bole boling ni...., kalau tak boleh tumpang main sekali... he he he

Audit 5S (MPC) TNB Perlis









Selepas bertungkus-lumus selama lebih 3 bulan, akhirnya TNB Perlis telah diaudit oleh pihak MPC pada 14 Disember 2009 dan disyorkan untuk persijilan. PBN, Ir. Saharenam amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen dari semua warga kerja di dalam menjayakan usaha ke arah persijilan ini. Satu majlis kenduri kesyukuran juga telah diadakan sempena meraikan kejayaan tersebut.

Wednesday, November 18, 2009

Dapat Kuda Baru...


Kuda bukan sebarang kuda..... TNB Perlis telah mendapat 2 buah kenderaan baru iaitu model Nissan Frontier untuk tugas-tugas teknikal. Pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk membuat serahan satu unit kenderaan tersebut kepada Pusat Pengurusan Bekalan Padang Besar dan satu unit lagi kepada Pusat Pengurusan Bekalan Kangar.


Gimik Penyerahan kunci kenderaan telah disempurnakan sendiri oleh Pengurus Besar Negeri, Ir. Saharenam bin Mukhtar dengan diiringi oleh Ketua Jurutera Negeri.

Jamuan Raya Staf 2009







1 Oktober 2009 : Pertama kalinya PBN mencadangkan supaya satu majlis meraikan Aidil Fitri diadakan hanya untuk staff sahaja. Best jugak, dapat makan dari awal sampailah makanan habis. NO TAPAU!!! He.. he..

Pelbagai juadah disediakan sepanjang majlis tersebut. Sebahagian besar kos makanan adalah hasil dari kutipan dan sumbangan daripada semua warga kerja sendiri yang menyumbang sekurang-kurangnya RM5.00 setiap staf.
Majlis diadakan sekali dengan Perhimpunan Perdana, dan Gotong Royong 5S untuk aras 5 pula diadakan sebelah petangnya.

Friday, April 10, 2009

Gotong Royong Mini... 10/4/2009

Nak simpan pinggan mangkuk jer. Masa lawatan SVP(OT) last week, kita serve sendiri makan tengahari di aras satu (wing GM).

Wednesday, April 1, 2009

Lawatan Kerja VPD ke TNB Perlis


30 Mac 2009 ~ Buat pertama kalinya, beliau melawat ke Perlis sebagai Naib Presiden (Pembahagian) walaupun beliau sudah amat biasa dengan negeri dan warga kerja di Perlis.
Lawatan kerja Ir Haji Azman bin Mohd ini turut disertai oleh Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 2 (PBK OW2) En. Roslan Ab Rahman dan Pegawai Khas VPD, En. Abdul Rahim